fbpx

Bau peluh mampu tangani kebimbangan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian tersebut menggunakan sampel peluh sukarelawan, mengekstrak isyarat kemo dan mendedahkan kepada peserta kajian. - Getty Images

STOCKHOLM – Satu kajian mendapati bahawa kebimbangan sosial yang dihadapi oleh seseorang boleh dikurangkan dengan bantuan bau badan orang lain, lapor akhbar New York Post semalam.

Penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden mendapati, pendedahan kepada bau busuk itu mampu mengurangkan kebimbangan sosial sebanyak 40 peratus apabila disertai dengan terapi kesedaran.

“Keadaan fikiran menyebabkan kita menghasilkan molekul (isyarat kemo) dalam peluh yang berkaitan dengan keadaan emosi dan menghasilkan tindak balas sepadan kepada penerima.

“Hasil kajian awal kami menunjukkan bahawa gabungan isyarat kemo ini dengan terapi kesedaran akan mewujudkan hasil lebih baik dalam merawat kebimbangan sosial daripada langkah yang dicapai dengan terapi kesedaran sahaja,” kata ketua penyelidik, Elisa Vigna kepada agensi berita South West News Service (SWNS).

Gangguan Kebimbangan Sosial (SAD) yang menjejaskan kira-kira 15 juta orang dewasa Amerika Syarikat (AS) ditakrifkan sebagai ketakutan yang kuat untuk dihakimi atau ditolak dalam kelompok sosial.

Mereka yang mengalami SAD cenderung untuk mengelakkan situasi tertentu dan boleh berasa tertekan jika persekitaran tersebut tidak dapat dielakkan.

Penyelidikan itu dibentangkan di Kongres Psikiatri Eropah di Paris hujung minggu ini.

Sementara itu, Dr. Julian Beezhold dari Universiti Anglia Timur berkata, penemuan itu menarik tetapi memerlukan kajian lanjut.

“Kami mengalu-alukan kajian ini, melihat salah satu deria yang paling kurang dikaji dan interaksinya dengan kesihatan mental,” kata Beezhold kepada SWNS. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI