fbpx

Syaikhul Islam, Sumayyah belum jumpa ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSYUL belum bersedia membawa anak-anak bertemu dengan ibu tiri mereka buat masa sekarang.

PETALING JAYA – Pengarah sensasi Syamsul Yusof mengakui belum sedia membawa anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah berjumpa dengan isteri keduanya, Ira Kazar bagi menjaga hati banyak pihak.

Katanya, dalam situasi rumah tangga dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang masih belum reda membuatkan sekarang bukan masa sesuai untuk berbuat demikian.

“Ketika ini saya fikir masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga ditambah keadaan sekarang, saya juga perlu menjaga sensitiviti.

“Saya kena betulkan dulu apa yang berkecamuk dengan isteri pertama. Rasa macam kurang manis pula kan kalau bawa jumpa sekarang. Setakat ini, belum lagilah,” katanya.

Bagaimanapun, pengarah filem Munafik itu menyatakan tiada masalah untuk berterus-terang kepada anak-anaknya berhubung perkahwinan keduanya.

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan anak. Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun.

“Ayah memang dah ada isteri lagi seorang. Tapi, setakat ini apabila berjumpa dengan anak-anak, tidak pula mereka bertanya tentang perkara itu,” katanya lagi.

Syamsul juga menjelaskan jarang memuat naik gambar atau video di media sosial bersama kedua-dua permata hati disebabkan mahu menjaga privasi mereka.

“Saya tak mahulah kalau muat naik gambar atau video bersama mereka di sosial media, orang sangka saya nak tunjuk baik (tapi) bila tak buat apa-apa hantaran, orang ingat saya tak fikir pasal anak.

“Sosial media ini bukan catatan kehidupan harian saya pun, jadi saya tak perlu nak muat naik semua benda,” ulasnya merujuk tanggapan segelintir pihak.

Terdahulu, Syamsul, 39, enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes permohonan cerai dikemukakan aktres tersebut di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Sebelum itu pada 6 Januari lalu, anak kepada Datuk Yusof Haslam itu telah mendedahkan teka-teki hubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI