fbpx

Sejuta penumpang menggunakan perkhidmatan Prasarana sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan kira-kira sejuta penumpang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian mereka sehari sejak negara memasuki fasa endemik.

Prasarana berkata, jumlah tersebut dicatatkan pada 21 Mac lalu dan ia merupakan lonjakan daripada purata 846,000 orang penumpang sehari
dari 1 Januari hingga 15 Mac.

Jelasnya, daripada jumlah itu, perkhidmatan Rapid Rail mencatatkan seramai 767,000 penumpang manakala perkhidmatan Rapid Bus mencatatkan 235,000 penumpang, angka tertinggi bagi perkhidmatan bas semenjak pandemik.

“Angka sejuta penumpang sehari tersebut termasuk purata 100,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sejak ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mac lepas.

“Sebelum Covid-19 mula melanda negara pada awal tahun 2020, purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan Prasarana adalah kira-kira 1.2 juta orang sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Prasarana berkata, para penumpang kini menikmati tambang percuma bagi pengguna perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya, termasuk bas perantara bagi MRT Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, sehingga 31 Mac depan.

“Prasarana mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan akan terus berusaha untuk memastikan faktor keselamatan, kelancaran dan kestabilan perkhidmatan dipelihara untuk manfaat orang ramai,” ujarnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di [email protected] atau hubungi kami di 03 – 7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, manakala untuk tempoh Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini melalu saluran media sosial Rapid KL ataupun melalui aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun secara percuma. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI