fbpx

Pukul bapa guna kerusi, marah ditegur baca doa laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG -Berang ditegur membaca doa makan dengan laju, seorang anak bertindak memukul bapanya dengan kerusi meja makan di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.37 malam.

Katanya, bapa yang berusia 63 tahun itu cedera di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam semalam.

“Punca kejadian disebabkan anak lelakinya yang berusia 34 tahun membaca doa dengan laju untuk berbuka puasa sebelum ditegur oleh mangsa.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran berkenaan bertindak menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki patah.

“Seorang daripada anak mangsa kemudiannya meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penangkapan yang dilakukan ke atas suspek, pihak polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan /18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

“Seterusnya, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga Isnin.

“Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh hubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI