fbpx

EPL: Kutipan denda lawan pengadil tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAVANAGH menerima provokasi melampau daripada Mitrovic yang boleh menyebabkan Fulham didenda. – AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England dilaporkan berjaya mengutip bayaran berjumlah hampir £1.3 juta (RM7.11 juta) hasil denda yang dikenakan kepada kelab akibat pemain atau pengurus mereka bertindak me­lampau terhadap pengadil.

Menurut laporan, sepanjang musim ini sebanyak 100 saman telah dikeluarkan terhadap pa­sukan Liga Perdana Inggeris dan pasukan-pasukan yang beraksi di divisyen lebih ke bawah.

Laporan berkenaan dikeluar­kan oleh salah sebuah akhbar berpengaruh di England selepas isu mengenai provokasi dan tindakan melampau yang dilakukan oleh Aleksandar Mitrovic terhadap Chris Kavanagh pada aksi suku akhir Piala FA menentang Manchester United.

Sebanyak 54 daripada 92 kesalahan tersebut juga dilaporkan berdepan tindakan denda ekoran kata-kata yang tidak elok kepada pengadil oleh pemain dan pengurus pasukan.

Arsenal dilaporkan menjadi pasukan di EPL yang terpaksa membayar jumlah denda sebanyak £185,000 (RM1.01 juta) apabila berdepan tuduhan gagal mengawal tingkah laku pemain mereka dalam empat perlawanan berbeza.

Pengurus pasukan itu, Mikel Arteta turut dikritik kerana se­ring mempamerkan respons yang keterlaluan sehingga mempe­ngaruhi tingkah laku yang melam­pau para pemain.

Selain itu, Manchester United turut berdepan denda sebanyak £137,000 (RM749,000), manakala Everton berada di kedudukan ketiga berdepan denda ter­tinggi iaitu sebanyak £115,000 (RM629,000) sementara 15 lagi pasukan di EPL berdepan denda keseluruhan sebanyak £932,500 (RM5.1 juta).

Dalam pada itu, Manchester City berdepan jumlah denda paling tinggi melibatkan satu perlawanan apabila terpaksa membayar sejumlah £75,000 (RM410,000) ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada Februari lalu di Emirates.

Jumlah berkenaan dijangka meningkat apabila FA England menyelesaikan siasatan terhadap insiden melibatkan Mitrovic yang dianggap serius sehingga pemain itu sendiri berkemungkinan berdepan penggantungan yang lebih panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI