fbpx

Program berkonsepkan inovasi diumum dua minggu lagi – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama warga Kementerian Ekonomi di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi akan mengumumkan satu lagi inisiatif bagi meningkatkan pendapatan rakyat menerusi program berkonsepkan inovasi.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, program itu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi menerusi kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Beliau berkata, program itu sedang dimuktamadkan dan ia satu usaha penting dalam mengarus perdanakan inovasi dalam negara.

“Kita memang ada kerangka yang baik daripada segi bagaimana mahu meningkatkan ekonomi digital dan ia biasanya dikaitkan dengan soal kewangan, bantuan dan sebagainya.

“Tetapi, kita juga ada satu cabaran yang perlu ditangani dengan baik iaitu tahap inovasi dalam ekonomi kita kerana ekonomi digital ini memerlukan tahap inovasi tinggi.

“Justeru, kita kena sebar luaskan lagi tahap inovasi supaya ada yang boleh mengambil peluang daripada program-program disediakan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Katanya, inovasi bukan setakat robot, roket dan projek ‘startup’ sahaja serta dipelopori sekumpulan kecil sebaliknya ia turut membabitkan perkara seharian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI