fbpx

360 keluarga terjejas banjir terima Sumbangan Rahmah JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penduduk di Batu Pahat, Johor hari ini.

PUTRAJAYA – Seramai 360 keluarga terjejas banjir melibatkan empat buah kampung di sekitar Sri Medan, Batu Pahat, Johor menerima Sumbangan Rahmah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam usaha meringankan beban mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sumbangan itu diberikan selepas beliau dan delegasi turun padang bagi melihat kawasan terjejas sekitar Batu Pahat, Johor.

Katanya, usaha itu dilaksanakan bagi menghulurkan tenaga dan bantuan kepada mangsa yang terkesan teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Saya turut menyampaikan Bakul Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kepada penduduk sekitar di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

“Lokasi seterusnya saya bersama delegasi bergerak ke Klinik Desa Sri Menanti untuk menyampaikan Sumbangan Rahmah JPM kepada 360 keluarga yang terjejas akibat banjir melibatkan empat buah kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya tadi.

Katanya, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada lima buah sekolah di Mukim Simpang Kiri yang terjejas banjir dimana ia disumbangkan oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

“Saya berkesempatan menyantuni Sukarelawan Penjawat Awam di Balai Raya Kampung Parit Yusof yang juga merupakan lokasi terakhir sesi lawatan turun padang pada hari ini.

“Saya menzahirkan rasa terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan Sukarelawan Penjawat Awam yang berganding bahu bagi memulihkan semula tempat-tempat terjejas.

“Semoga bantuan-bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI