fbpx

Kerajaan tubuh Majlis Madani dipengerusikan Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

BANGI – Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi keterlibatan semua pihak menterjemahkan pelaksanaan inisiatif tersebut dalam usaha membentuk sebuah negara Madani

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Madani itu secara rasminya akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Usaha-usaha ini pastinya dapat dilaksanakan apabila Majlis Madani ini mengadakan program bercorak rasmi dalam pentadbiran dan tentunya dalam menyantuni kerja-kerja NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Islam serta para ilmuwan Islam tanpa meninggalkan ilmuwan dari pelbagai agama juga latar belakang lain.

“Sememangnya, saya sangat mendokong usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya yakin semua bangsa juga agama setelah memahami falsafah (ini) pasti akan mendokong hasrat beliau.

“Bukan hanya soal falsafah dan konsep tetapi program-program yang akan dilakukan, kita tunggu lah hingga Perdana Menteri membuat pengumuman terhadap keputusan-keputusan kepada mesyuarat Majlis Madani,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023 di sini hari ini.

Pada konvensyen itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Zamri Zainal Abidin turut mengemukakan 10 resolusi termasuklah membangunkan kompleks lengkap dengan fasiliti milik bersama gabungan NGO Islam dengan bantuan daripada dana kerajaan.

Ketika ditanya mengenai resolusi berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memaklumkan sendiri perkara tersebut kepada Anwar.

“Saya hampir pasti bahawa beliau (Anwar) akan bersetuju, ini (pembangunan fasiliti) tentunya memerlukan dana, mungkin saya akan bisikkan terus kepada beliau umpamanya (pada) Belanjawan 2024 mungkin beliau boleh memasukkan permintaan NGO Islam ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI