fbpx

Haram hukum mengubah bentuk wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asma' Harun.

PETALING JAYA – Haram hukumnya mengubah bentuk wajah melalui apa jua kaedah sekali pun, ujar pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, Asma’ berkata mungkin ramai tidak mengetahui bahawa hukum melakukan perkara tersebut adalah haram.

“Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden.

“Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung, dan lain-lain. Hukumnya adalah haram,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bermuhasabah diri dan turut berharap agar lebih ramai individu mengetahui perkara ini.

“Syukur dengan apa yang ada. Allah dah buat cantik sangat. Terima teguran dan berlapang dada,” komen Ruzihamid.

“Betul sangat ustazah.. sudah jadi macam biasa benda ini. Kena banyak bagi kesedaran lagi. Jom kita semua sebarkan,” komen seorang pengguna.

“Sekarang bukan sahaja wanita buat, lelaki pun sama. Terutamanya yang jual barang kesihatan dan kecantikan,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI