fbpx

Pengantin terlupa majlis perkahwinan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki tersebut dikatakan mabuk teruk pada malam menjelang majlis perkahwinannya. – India Times

NEW DELHI – Seorang lelaki di India terpaksa berputih mata apabila gagal melangsungkan perkahwinan selepas tidak hadir ke majlisnya sendiri gara-gara mabuk, lapor laman berita India Times kelmarin.

Dalam kejadian di negeri Bihar pada Isnin minggu lepas, pengantin lelaki tersebut dikatakan mabuk teruk pada malam menjelang majlis perkahwinannya.

Ia membuatkan dia tidak sedarkan diri pada hari perkahwinannya tanpa diketahui sesiapa dan hanya benar-benar tersedar lewat Selasa lepas.

Lebih malang, pengantin perempuan enggan mengahwininya dan mahu membatalkan perkahwinan mereka kerana berang dimalukan lelaki berkenaan.

Menurut pengantin perempuan, dia enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak memahami erti tanggungjawab.

Disebabkan telah banyak berhabis duit untuk majlis perkahwinan itu, keluarga pengantin perempuan meminta ganti rugi daripada pengantin lelaki dan keluarganya.

Situasi menjadi lebih tegang apabila keluarga pengantin perempuan menjadikan sebilangan keluarga pengantin lelaki sebagai tahanan bagi meminta wang ganti rugi.

Insiden itu bagaimanapun selesai selepas polis tiba dengan laporan menyebut bahawa kedua-dua keluarga telah mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama tanpa mendedahkan penyelesaian tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI