fbpx

Kesalahan berkaitan haiwan ternakan, RM500,000 disita JPV Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anun (tiga dari kiri) meninjau antara lembu ternakan yang dipamerkan ada program CSR Ternakan Padang Ragut Rakyat JPV di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu berjaya merampas lebih setengah juta ringgit membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan haiwan ternakan sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, rampasan itu melibatkan 16 kes kesalahan pemindahan ternakan, kawalan penyembelihan (enam kes) dan kebajikan haiwan (empat kes).

Beliau berkata, nilai keseluruhan barang kes yang dirampas ialah RM552,210 meliputi haiwan ternakan, daging lembu serta kenderaan.

“Sebanyak 162 ekor kambing bernilai RM63,540, 94 ekor lembu (RM173,670) dan seekor kerbau (RM2,000) berjaya dirampas.

“Kita turut menyita daging lembu seberat 518 kilogram (kg) bernilai RM17,890,” katanya ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ternakan Padang Ragut Rakyat JPV di Kampung Durian Kassim, Ajil di sini hari ini.

Anun menambah, rampasan kenderaan pula membabitkan sebuah treler bernilai RM95,000 dan 10 buah lori bernilai keseluruhan RM200,000.

Beliau memberitahu, masing-masing sebuah pacuan empat roda, motosikal dan kereta yang kesemuanya bernilai RM28,000 turut dirampas.

“Saya berharap penternak dapat mematuhi peraturan telah ditetapkan dalam proses mendapatkan permit pergerakan pindah ternakan sama ada dari daerah ke daerah mahupun negeri ke negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI