fbpx

Operasi tangkap penjenayah ala Hollywood di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan anggota polis memberkas suspek di Jalan Bakam-Luak Bay, Miri kelmarin.

BINTULU – Beberapa pengguna jalan terkejut menyaksikan ke­tangkasan sekumpulan anggota polis dalam satu operasi ala aksi filem Hollywood ketika menangkap seorang penyamun di Jalan Bakam-Luak Bay, Miri di sini kelmarin.

Video yang tular di media sosial itu berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu suspek berusia 27 tahun tersekat ketika cuba melarikan diri dalam keadaan jalan sesak.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Um­pit berkata, suspek ditahan pada pukul 11.54 pagi selepas dikejar polis Bintulu dan Miri sejauh beberapa kilometer.

“Ketika polis hendak menahan dan memeriksa kereta itu, suspek terus memandu secara agresif, mengundur secara berbahaya hingga menyebabkan kerosakan pada sebuah kende­raan awam.

“Polis kemudian dapat memberkas suspek selepas berlaku pergelutan kecil dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata yang berlaku pada 16 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Batholomew, siasatan lanjut mendapati, suspek te­lah melakukan kes samun tersebut di sekitar daerah ini bersama dua lagi rakannya.

Sehubungan itu, tambahnya, polis mencari Mohd. Nazri Mohd. Fauzi, 26, dari Kampung Penan Muslim, Niah, Miri dan Nally Magisat, 33, dari Kampung Ugos, Niah Miri.

“Kedua-dua lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta meng­hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Christina Edris di talian 014-357 4148 atau Bilik Gerakan Daerah Bintulu di talian 086-318304. Batholomew turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI