fbpx
ARIF (kanan) dan Roy King mempamerkan kebangkitan untuk mencatat kemenangan dalam aksi tiga set ke atas beregu Taiwan. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Arif-Roy King ‘mandi peluh’ ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026.

Pada pusingan pertama di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pilihan kelima itu mencatat kemenangan tiga set 21-19, 15-21, 21-11 ke atas He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan dari Taiwan.

Selepas memenangi set pertama, kedua-dua pemain itu tidak dapat mengekalkan momentum apabila tewas 15-21 di set kedua, sekali gus terpaksa meneruskan aksi ke set ketiga.

Memasuki set penentuan, Arif-Roy King mempamerkan aksi lebih dominan apabila menguasai sepenuhnya permainan mencatat kemenangan mudah 21-11.

Menjelang pusingan kedua esok, pasangan No.16 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan rakan sepasukan, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang menewaskan satu lagi beregu Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng 17-21, 21-19, 21-16.

Aaron-Khai Xing menunaikan janji mereka untuk mempamerkan aksi terbaik apabila melakukan kebangkitan dengan memenangi dua set berikutnya selepas tewas di set pertama.

Sementara itu, pasangan profesional Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melakar kejutan menewaskan pilihan keempat dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-14, 21-14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN