fbpx

Kerajaan negeri tawar tanah percuma diberi keutamaan pembinaan PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (dua dari kanan) dan Ahmad (empat dari kiri) semasa merasmikan Pasar Tok Kenali, Kubang Kerian di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri yang menawarkan tanah percuma atau kutipan ‘nominal premium’ di lokasi strategik akan diberi keutamaan untuk melaksanakan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri terbabit.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut dilihat mampu mengurangkan kos pembinaan PPR apabila kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan tinggi ekoran bayaran premium tanah.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini perlu membayar cukai tanah sekitar 30 hingga 35 peratus bagi menjayakan projek tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan kualiti (pembinaan PPR) berkurang apabila banyak kos perlu dibayar untuk pemilikan tanah. Jadi, kerajaan mengalu-alukan kerajaan negeri di seluruh negara untuk bekerjasama dalam menawarkan tanah percuma.

“Sehubungan itu, KPKT memberi keutamaan kepada kerajaan negeri yang menawarkan tanah kutipan ‘nominal premium’ untuk melaksanakan PPR di negeri mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pasar Tok Kenali, Kubang Kerian di sini hari ini.

Hadir samq, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, bagi melancarkan proses pembinaan PPR, pihaknya memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mencari tapak dan lokasi strategik.

“Kerajaan telah memperuntukan dana sebanyak RM387 juta untuk projek PPR dan RM358 juta untuk Projek Rumah Mesra Rakyat.

“Ia merupakan satu inisiatif kerajaan menerusi KPKT agar satu keluarga memiliki sebuah rumah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.