fbpx

Perak cadang insentif khas untuk warga kerja pentadbiran tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani berucap pada Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Perak anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak di Galasa Caldwell, Ipoh, malam Tadi. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak mempertimbangkan bayaran insentif khas buat warga kerja pentadbiran tanah sebagai penghargaan kepada mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengucapkan tahniah kepada semua pentadbir tanah dan warga kerja di pentadbiran tanah negeri atas kebijaksanaan dan keberanian mereka melakukan anjakan paradigma.

Katanya, komitmen itu berjaya membantu kerajaan negeri merekodkan kutipan hasil mencecah RM1.21 bilion pada tahun lalu, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah Perak.

Jelasnya, keputusan lanjut pembayaran itu akan dibuat menerusi perbincangan antara pegawai kewangan negeri dan pihak pengarah tanah dan galian negeri.

“Kakitangan awam di pentadbiran tanah merupakan antara tulang belakang kerajaan negeri dan menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

“Ini boleh kita lakukan melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan dari aspek sistem, peraturan, proses kerja, serta penghasilannya agar benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat amnya dan pentadbiran tanah khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke majlis Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Perak di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI