fbpx

Johor cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir bagi mencari jalan menangani isu banjir di masa akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor membabitkan semua parti politik di negeri ini.

Beliau berharap cadangan penubuhan Jawatankuasa itu pada Sidang DUN Johor kali ini.

“Mengikut Fasal 32(8) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, Kerajaan Negeri akan mengemukakan satu rundingan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir semasa sidang DUN ini.

“Adalah diharapkan supaya rundingan ini akan disokong sebulat suara oleh semua ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini,” katanya ketika sesi menjawab soalan lisan pada persidangan DUN Johor, di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Mengulas soalan tambahan, Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) mengenai tempoh jangka masa keberkesanan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dan akan dibangunkan di negeri ini susulan bencana banjir besar yang melanda, Onn Hafiz melahirkan kerisauan mengenai perkembangan rancangan tersebut.

Beliau berkata, ini kerana banjir besar yang melanda baru-baru ini disebabkan taburan hujan yang luar biasa dengan taburan hujan untuk sebulan berlaku dalam masa sehari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI