fbpx

2 pekerja keselamatan, pemandu kereta maut langgar belakang kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja keselamatan maut setelah sebuah kereta Proton Saga melanggar belakang kren awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Tiga individu terdiri daripada dua pekerja keselamatan kren dan pemandu kereta disahkan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan selepas sebuah kereta melanggar belakang kren berhampiran Kuen Cheng High School, Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.46 pagi dan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), K. Segar berkata, kemalangan jalan raya berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Saga melanggar belakang kren yang diletakkan di bahu jalan.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan tiga lelaki iaitu seorang pemandu dan dua pekerja keselamatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati pemandu kereta berkenaan tersepit di bahagian pemandu.

“Dua lagi mangsa iaitu pekerja keselamatan bertugas menjaga kren telah disahkan maut ditempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI