fbpx

Ramai tersentuh lihat bapa teman anak OKU solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Ramai pengguna tersentuh melihat kasih sayang seorang bapa yang sanggup menemani anak istimewanya menunaikan solat di sebuah masjid.

Menerusi video yang dimuat naik @ric_callmeric di Twitternya, kelihatan ayah remaja orang kelainan upaya (OKU) itu menunggu dengan sabar sambil memerhati gerak-geri anaknya.

Sehingga kini video tersebut mendapat 29,400 tontonan, 1,012 perkongsian dan 2,735 tanda suka.

Menjengah di ruangan komen mendapati ramai yang terharu melihat video tersebut dan memuji kasih sayang yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

“Semoga seluruh ayah di dunia terbuka memberi kasih sayang kepada anak-anak tanpa batas,” komen Anne.

“Setiap kali aku tengok orang istimewa, mesti terfikir jika penjaga meninggal siapa akan ambil alih jaga? Semoga yang baik-baik sahaja untuk remaja ini,” komen seorang pengguna.

“Tengok remaja berdoa buat hati rasa sebak. Allah angkat doanya sebab tiada dosa,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI