fbpx

Lelaki maut, motosikal terbakar selepas langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang oleh lelaki terbabit selepas melanggar belakang sebuah lori di di kilometer 425.3 , Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH -Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori sebelum terbakar di kilometer 425.3, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.08 pagi tadi.

Katanya, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba dilokasi, didapati sebuah motosikal jenis Demak yang ditunggang lelaki berusia 26 tahun terbakar 50 peratus.

“Kenderaan itu terbakar selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan laluan kecemasan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI