fbpx

Sijil halal De First Food mampu kuasai pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan De First Food, Nadhzirah Osman menunjukkan pensijilan halal yang diterima daripada Jakim.

KUALA LUMPUR – Pensijilan halal yang diperoleh De First Food Manufacturing Sdn. Bhd. (De First Food) iaitu pengeluar pelbagai produk makanan khususnya bebola berasaskan ikan dan tauhu melalui jenama CB, memberi kelebihan kepadanya untuk menguasai pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa, selain dijadikan sebagai sistem keselamatan makanan utama.

Pengarah Pengeluarannya, Surimi Chong berkata, sijil halal yang diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2010 pada fasa awal pengoperasian syarikat yang terletak di Batu Caves, Selangor itu telah diiktiraf di seluruh dunia.

Ia sangat penting bagi memboleh­kan syarikat meneroka pasaran ke luar negara.
Buat masa ini, syarikat telah mengembangkan pasarannya ke 10 buah negara dan bakal bertapak di tiga buah negara lagi pada masa depan.

“Logo halal yang diperoleh syarikat begitu penting buat pengedar tunggal kami di Asia Barat khususnya di Dubai atau di mana sahaja lokasi pengedar ke­rana pasaran global sangat meyakini standard pematuhan halal yang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Menurut Chong, Jakim akan sentiasa membuat pemantauan terhadap sistem pengoperasian syarikat dan memastikan segala garis panduan yang ditetapkan telah diikuti dengan sebaiknya.

“Kami juga akan memastikan semua pembekal kami khususnya di luar negara memiliki pensijilan halal daripada pihak berkuasa yang diiktiraf daripada Jakim,” jelasnya.

Selain itu, De First Food turut agresif mempromosikan produk keluarannya yang terdiri daripada pelbagai kategori bersesuaian untuk memenuhi selera setiap pelanggan daripada pelbagai peringkat umur melalui platform media sosial.

Menurutnya, masyarakat kini semakin peka kepada gaya hidup lebih sihat dan produk makanan yang dibangunkan oleh syarikat mampu memenuhi keperluan berkenaan.

Bahagian kajian dan pemba­ngunan De First Food sentiasa aktif menghasilkan produk dan menu baharu serta mencari alternatif lebih bagi menggantikan pewarna makanan yang sebelum ini menggunakan bahan kimia kepada bahan semulajadi.

“Warna yang digunakan untuk produk makanan kami dihasilkan daripada bahan asas semula jadi, sebagai contoh warna ku­ning diambil daripada ekstrak lobak merah, warna hijau daripada bayam dan warna ungu diperoleh daripada ekstrak keledek manis,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI