fbpx

Kontroversi ajaran sesat Kyoung- yoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYOUNG-YOON

PENYANYI Kyoung-yoon dilanda kontroversi selepas kedua-dua ibu bapanya didapati merupakan ahli kumpulan ajaran sesat JMS yang baru-baru ini kisah mereka didedahkan dalam sebuah dokumentari Netflix, In The Name of God: A Holy Betrayal.

Penglibatan ibu bapa Kyoung-yoon bukan sekadar sebagai ahli, namun kafe milik mereka didakwa menjadi lokasi perjumpaan kumpulan ajaran sesat tersebut.

Dia yang sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dikecam hebat selepas laporan mengesahkan penglibatan ibu bapanya.

Malu dengan penafian terdahulunya, Kyoungyoon memberanikan diri membuat permohonan maaf kepada peminat.

Dalam surat yang ditulis sendiri, ahli kumpulan DKZ itu mengakui berasa takut untuk membuat pengakuan kerana mementingkan diri sendiri.

Dia bahkan memaklumkan keluarganya yang sudah bergelar ahli kumpulan JMS sejak 20 tahun lalu akan menarik diri daripada ajaran sesat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI