fbpx

Warga emas maut, langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak pikap yang dipandu oleh mangsa melanggar tiang lampu tepi jalan, di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang warga emas menemui ajal setelah melanggar tiang lampu di tepi jalan akibat hilang kawalan, di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2.10 pagi melibatkan kemalangan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

“Kira-kira pukul 12.10 tengah malam, pemandu berusia 66 tahun, seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di tepi jalan.

“Mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mohamad Fakhrudin turut menyeru sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI