fbpx

UCL: Real Madrid ambil iktibar aksi musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menyeru agar barisan pemain tetap berwaspada dengan kebangkitan yang cuba dilakukan oleh Liverpool menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Galacticos seperti sudah meletakkan sebelah kaki di pusingan suku akhir selepas melakar kemenangan bergaya 5-2 ke atas wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield bulan lalu.

Kata Ancelotti, pengalaman musim lepas yang mana pasukannya hampir tewas kepada Chelsea selepas mendahului agregat 3-1 tetap menjadi pengajaran berharga buat barisan pemain untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Situasi kali ini sama seperti aksi suku akhir musim lepas kerana kita menang 3-1 pada aksi pertama sebelum Chelsea dapat melakar kebangkitan pada aksi kedua. Cuma, ketika itu nasib menye­belahi pasukan apabila kita mara hasil jaringan saat akhir.

“Justeru, kelebihan 5-2 ini tidak memberikan sebarang makna kerana masih ada 90 minit perlawanan dan apa sahaja boleh berlaku, tetapi kele­bihan kita sekarang adalah dapat bermain di laman sendiri,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Real, Vinicius Jr. mahu rakan-rakan sepasukan melupakan seketika prestasi tidak konsisten di peringkat La Liga dengan mara ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

“Kita adalah juara bertahan dan sudah tentu pemain begitu bersemangat untuk pamerkan yang terbaik di atas padang nanti. Cuma, saya mahu pasukan kekal tenang dan bermain se­perti biasa dalam memastikan kelebihan yang dimiliki dapat dikekalkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI