fbpx

5 pekerja ladang warga India edar dadar dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Lima pekerja ladang warga India dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine dan ketamine seberat lebih empat kilogram (kg).

Hakim Datuk Azizul Azni Adnan menjatuhi hukuman itu ke atas Radhakrishnan Syam, Fazil Farook, Sainulabdeen Siyad, Abdul Kalam Sajeev dan Salim Sabeer selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Mereka yang berusia 30 hingga 44 tahun itu didakwa mengedar methamphetamine seberat 1.51 kg dan 2.79kg ketamine pukul 6.30 petang di Kawasan Takau Mukim Linggi, Port Dickson pada 3 Ogos 2018.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.

Dalam pada itu, kesemua tertuduh turut dihukum penjara empat tahun atas pertuduhan memiliki bahan mengandungi racun ‘pseudoephedrine’ di lokasi dan masa sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1)Akta Racun 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom dan Husni Fairos Ramly manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Hariharan Tara Sing.

Hariharan ketika ditemui selepas prosiding memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan ke atas anak guamnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI