fbpx

[VIDEO] Guru tersepit, maut kemalangan di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan, Lebuh Raya MRR2, pagi tadi. - IHSAN JBPM

PETALING JAYA – Seorang guru menemui ajal dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Bandar Tasik Selatan, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi tadi sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bersama sebuah jentera LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi tersebut

“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rosuhili Mohd Taharim, setibanya jentera pada pukul 7.38 pagi, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, pemandu Nissan Almera yang merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dilokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Susulan kemalangan itu, trafik sesak dilaporkan berlaku di kedua-dua arah laluan berkenaan sehingga mengalami kelewatan hampir dua jam.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen hantaran Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mendapati mangsa merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Bandar Baru Seri Petaling.

“Innalillah, seorang sahabat yang baik dan banyak memudahkan kerja rakan sepasukan. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” komen Wan Idawati.

“Salam takziah untuk keluarga cikgu Imran,” komen Siti Zarinah pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI