fbpx

Malaysia tiada akta lindungi penyewa, boleh diusir tanpa sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Pusat penyelidikan The Centre mendedahkan sehingga kini Malaysia masih belum membentuk sebarang akta perlindungan bagi golongan penyewa rumah seperti yang telah dikuatkuasakan di negara-negara luar lain.

Penyelidik The Centre, Ahmad Fikri Ahmad Fisal berkata, ketiadaan akta itu menyebabkan penyewa berdepan dengan pelbagai risiko termasuk pengusiran tanpa sebab, hilang deposit, diskriminasi dan kenaikan kadar sewa tidak menentu.

“Negara kita mempunyai masalah kelompongan undang-undang berkaitan penyewaan, situasi ini berbeza dengan negara-negara lain seperti di Austra­lia, Jerman, Perancis dan negara-negara Eropah lain.

Berita berkaitan: Sewa rumah naik RM50 hingga RM100 sebab OPR

“Mereka telah membentuk akta di mana proses pengusiran itu tidak mudah dan pengehadan kadar kenaikan sewa rumah adalah mengikut suatu tempoh atau berpandukan kepada kadar inflasi atau ekonomi sesebuah negara,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan ramai penyewa terhimpit setelah tuan rumah menaikkan kadar sewa sehingga RM100 berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak empat kali tahun lalu.

Jelas Ahmad Fikri, Perancis telah menggunakan kaedah menambat kadar sewa dengan kadar semasa inflasi di mana pemilik rumah yang menaikkan kadar sewa perlu merujuk kepada Rent Reference Index (Indeks Rujukan Sewa, IRL), yang dikemas kini setiap suku tahun berdasarkan harga semasa barangan.

Ujarnya, sebelum ini Akta Kediaman Sewa pernah dibincangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat pada 2018, namun sehingga kini masih tiada perkembangan mahupun ketetapan mengenai kandungan serta garis masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI