fbpx

Mahkamah: Dua beradik pengarah syarikat didakwa lupus Vellfire tanpa resolusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shih Chiow, (bertopi) dan Shih Fang ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dua beradik yang juga pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melupuskan sebuah kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire tanpa resolusi ahli lembaga lima tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya yang juga pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat secara bersama, dengan curangnya menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad melupuskan suatu harta iaitu sebuah Toyota Vellfire milik syarikat itu tanpa resolusi ahli lembaga pengarah dengan mendaftarkan kereta berkenaan atas nama Shih Fang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Genting Kelang, di sini pada 3 Oktober 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili adik-beradik itu memohon anak guamnya dilepaskan dengan bon jaminan atas alasan mereka memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

“Mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana masing-masing mempunyai isteri malah mereka hadir ke mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada pertuduhan ini serta mempertahankan syarikat mereka,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI