fbpx

Ramai orang Kedah bercerai tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimaton pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kes perceraian bagi pasangan beragama Islam yang berlaku di Kedah meningkat sebanyak 23 peratus iaitu daripada 3,245 kes pada 2022 berbanding 2,586 kes, tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, daerah Kuala Muda mencatatkan kes tertinggi sebanyak 745 kes diikuti Kota Setar (485) dan Kubang Pasu (378) pada tahun lepas.

“Sebanyak 13,101 kes dicatatkan dalam tempoh empat tahun sejak 2019.  Oleh itu di bawah portfolio saya, kita mengadakan program Raikan Cinta sebagai salah satu usaha menangani perkara ini.

“Program ini dapat memberi pendedahan kepada pasangan tentang ilmu perkahwinan, ilmu keagamaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang suami dan isteri bagi mengekalkan keharmonian dan keutuhan rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penggulungan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Kata beliau, Raikan Cinta telah dilaksanakan sebanyak dua kali dan akan diteruskan lagi berikutan sambutan penyertaan yang diterima sangat tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa matlamat program ini telah tercapai bagi membantu pasangan dalam membina keluarga yang sakinah, warahmah dan mawaddah,” ujarnya.

Tambahnya, pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah sentiasa mengadakan program advokasi bagi meningkatkan pengetahuan para wanita berkenaan hak- hak pembelaan dalam undang-undang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI