fbpx

Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 21 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023.

KPM dalam satu kenyataan berkata, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

“Mereka layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). SASM tahun 2022 boleh diperoleh dari sekolah masing-masing pada 21 Mac 2023 mulai pukul 10 pagi.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI