fbpx

Lelaki tangkap aligator dengan tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAGICH menangaki aligator dengan tangan dan berkaki ayam di Florida baru-baru ini. - Foto FOX 35

WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Fox News semalam.

Mike Dragich, hanya menggunakan tangan kosong apabila dia menentang reptilia sepanjang 2.43 meter itu selain hanya berkaki ayam.

Beliau merupakan ahli sukan seni bela diri campuran yang juga dikenali sebagai @bluecollar_brawler di media sosial.

Dragich dikenali ramai pada Jun tahun lalu apabila dia menangkap seekor lagi aligator yang ditemui di tempat letak kereta berhampiran sebuah sekolah rendah di Jacksonville.

Beliau berkata, kejadian baru-baru ini merupakan antara tangkapan haiwan liar seterusnya yang berjaya dilakukan.

“Ia (aligator) berlari ke arah polis dan sekumpulan orang. Semua orang menjerit,” kata Dragich ketika menggambarkan kejadian itu.

Lelaki itu dilaporkan memiiki lesen menangkap haiwan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI