fbpx

Sekolah Terengganu diarah tangguh rentas desa ekoran cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua sekolah di negeri ini yang kembali memulakan sesi pengajaran selepas berakhirnya cuti perayaan Aidilfitri, hari ini, menangguhkan aktiviti luar bilik darjah pada masa ini berikutan cuaca panas.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, arahan itu perlu dipatuhi semua pihak termasuk sebuah sekolah menengah di Marang yang dikatakan bercadang mengadakan acara merentas desa pada masa terdekat.

“Kementerian Pendidikan telah menetapkam garis panduan agar tiada sebarang aktiviti luar bilik darjah dilakukan apabila suhu mencapai 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

“Sehubungan itu, semua pegawai pendidikan daerah negeri ini telah diingatkan agar memastikan semua sekolah mematuhi garis panduan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau mengulas aduan netizen di media sosial semalam yang mempersoal kewajaran hasrat pengurusan sebuah sekolah menengah di Marang untuk mengadakan aktiviti merentas desa walaupun pada cuaca panas pada masa ini.

Ia turut mendapat bantahan ibu bapa yang risau risiko stok haba terhadap anak-anak mereka sekiranya aktiviti luar bilik darjah tersebut tetap diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI