fbpx

Faisal masih kemarau jaringan bersama Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL cuba merampas bola daripada Mohammad Rahmat Makasuf (kiri) pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang kelmarin. – IQBAL HAMDAN

MESKIPUN ‘ayam tambatan’ mereka iaitu Faisal Halim masih belum menemui sentuhan jaringan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe tidak mahu cepat melatah.

Menurut Cheng Hoe, pemain kebangsaan itu telah memberikan sumbangan yang besar kepada pasukan setakat ini termasuk ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya, petang kelmarin.

“Kami, barisan jurulatih (Se­langor) sebenarnya tidak terlalu risau sama ada Faisal Halim boleh menjaringkan gol atau tidak.

“Apa yang penting, dia (Faisal) menyumbang untuk pasukan. Walaupun tidak score (jaringkan gol), dia ada beri satu assist (bantuan gol) dalam perlawanan itu,” katanya yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan mutu permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya pada aksi itu.

“Bagi saya, ia satu perlawanan yang cukup sengit dan kedua-dua pasukan turun dengan matlamat untuk menang.

“Apa pun, tiga mata yang diperoleh ini sangat bermakna untuk pasukan,” katanya yang berharap pemain dapat mengekalkan semangat untuk menang dan sentiasa bekerja keras untuk mencapai matlamat itu.

Menyentuh mengenai aksi menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini pula, kata Cheng Hoe, pasukan itu kini berada dalam kelas tersendiri dan sarat dengan pemain yang berpengalaman.

“JDT ada kemampuan di bahagian serangan dan boleh dikatakan mana-mana pemainnya juga mampu menjaringkan gol.

“Jadi, ia satu cabaran untuk kita. Apapun, saya rasa semua pemain kini sangat bermotivasi untuk berjumpa JDT ketika ini. Kita kena fokus dan masih ada beberapa hari untuk latihan,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI