fbpx

Koyak, belakang kepala berlubang, Kamal Adli ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli ditidurkan bagi menjalani pembedahan di kepala selepas diserang seorang individu tidak dikenali, malam tadi.

PETALING JAYA – Akibat kecederaan serius diserang dan dipukul seorang individu di Singapura, pelakon Kamal Adli terpaksa ditidurkan bagi menjalani satu pembedahan.

Perkara tersebut diberitahu isterinya juga pelakon Uqasha Senrose yang kini menemani Kamal di sebuah hospital di Singapura.

Malam tadi, Kamal diserang seorang individu tidak dikenali ketika selesai menjayakan sebuah acara jualan di Singapore Expo Hall, Singapura.

“Suami saya Kamal Adli ditidurkan untuk major operation kerana koyak berlubang sangat dalam di kepala,” tulisnya menerusi Instagram.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka ingin pulang selepas terlibat dalam sebuah acara di sana.

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan chota (kapak India dengan pemegang panjang) dan senjata tajam sehingga cedera parah.

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” kata Uqasha.

Dalam pada itu, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu berkata, individu tersebut sudah ditahan pihak polis Singapura.

“Ketika kejadian berlaku, ahli keluarga saya semua ada di lokasi tersebut.

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” katanya.

Selepas diserang dan mengalami banyak pendarahan, Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital.

Dalam kejadian yang dipercayai dilakukan lelaki warga Singapura itu, Kamal dipukul dengan sebatang chota besi dan disaksikan Uqasha serta orang awam.

Pelaku bagaimanapun turut dibelasah orang ramai yang berada berada di tempat kejadian dan ditahan pihak berkuasa untuk siasatan.

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek dalam Instagram memaparkan dirinya sedang menangis di hospital berkongsi keadaan terkini dan memohon doa daripada orang ramai buat suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI