fbpx

Bungkusan ekstrak daun ganja dialamatkan kepada dua ahli politik dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan berkenaan yang dirampas dalam sebuah serbuan di Pulau Meranti baru-baru ini.

SEPANG – Satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong itu, polis berjaya merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebaik diperiksa, pihaknya menemui pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

“Serbuan dibuat hasil maklumat oleh seorang penjawat awam di sebuah kementerian yang memaklumkan menerima satu panggilan telefon mengenai kiriman itu.

“Pengadu memaklumkan kiriman bungkusan itu dialamatkan atas nama dua ahli politik berkenaan dan bungkusan itu perlu dituntut di hab kurier berkenaan di Pulau Meranti, Berdasarkan maklumat yang diterima, kami syak bungkusan itu mengandungi barang yang terlarang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, buat masa ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal mendapati, bungkusan itu dibeli pengirim melalui portal beli belah dalam talian ‘Shopee’ yang beralamat di Indonesia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI