fbpx

Liga Super: Perak FC tundukkan Kuching FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak Fc, Chinonso Christian Obiozor digasak pemain Kuching City Fc Aylton Ferreira di perlawanan Liga Super Malaysia 2023 antara Perak Fc dengan Kuching City Fc di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Perak FC menunaikan janji untuk melakar kejayaan pertama dalam saingan Liga Super 2023 dengan menundukkan Kuching City FC di Stadium Perak, sebentar tadi

Jaringan pada setiap babak oleh Seo Seonung membolehkan anak buah Datuk Lim Teong Kim menghadiahkan kejayaan kepada 3,800 lebih penyokong yang meraikan kejayaan pertama Bos Gaurus itu.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang membuat jaringan.

Namun usaha tuan rumah akhirnya membuah ganjaran apabila Seo Seonung menjaringkan gol dengan bantuan Christian Obiozor pada m-41.

Gol itu membangkit semangat melawan pelawat yang melancar serangan ke kubu Perak, tetapi tuan rumah cekal bertahan

Peluang terbaik anak buah Irfan Bakti Abu Salim menjelma pada minit ke-44 tetapi rembatan Alif Hassan terkena palang.

Aksi babak kedua bersambung dengan Kuching City berusaha gigih memadam kelebihan Perak.

Begitupun Seonung mempunyai lain idea apabila menjadikan kedudukan 2-0 dengan bantuan Faris Izdiham.m-58

Malah Perak berpeluang menjaringkan gol ketiga, tetapi peluang berakhir begitu sahaja apabila Obiozor berada pada kedudukan ofsaid pada m-70. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI