fbpx

Penunggang maut nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah – Seremban, di sini, pagi tadi. - Foto IHSAN PEMBACA

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah – Seremban, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal yang datangnya dari arah Kuala Pilah hendak menghala ke Seremban, manakala sebuah lagi kenderaan iaitu Proton X70 yang datang dari arah Kampung Talang menghala ke Seri Menanti.

“Berdasarkan siasatan awal, apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu lelaki berusia 67 tahun telah masuk ke simpang kanan arah ke Seri Menanti secara mengejut dan berlaku perlanggaran dengan motosikal tersebut.

“Akibat dari perlanggaran tersebut penunggang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Amran, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI