fbpx

SPRM nafi dakwaan ada campur tangan dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan berhubung program Jana Wibawa adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa siasatan terhadap beberapa individu berhubung program tersebut merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh suruhanjaya berkenaan.

“Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajan dan pertimbangan sewajarnya.

“Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas suruhanjaya tersebut, segala tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM dijalankan atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali.

“Segala tohmahan tersebut adalah tidak benar serta telah menjejaskan imej suruhanjaya ini,” tegas kenyataan itu.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bercakap pada sidang akhbar selepas keluar daripada ibu pejabat SPRM semalam memaklumkan bahawa terdapat arahan daripada pihak paling berkuasa dalam pentadbiran negara yang mengarahkan agar beliau didakwa di mahkamah.

Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

“Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI