fbpx

Baby Monster tak jadi debut 7 ahli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUJUH wajah yang selama ini diuar-uarkan sebagai anggota Baby Monster.

AGENSI YG Entertainment (YGE) baru-baru ini meluncurkan sebuah video promosi kumpulan rookie, Baby Monster namun perkongsian tersebut mengundang keresahan dalam kalangan peminat.

Hal ini kerana, timbul dakwaan mengatakan kumpulan itu tidak akan membariskan semua ahli untuk debut rasmi mereka dalam masa terdekat.

Spekulasi tersebut diperkuatkan lagi dengan kenyataan pemilik YGE, Yang Hyun-suk dalam video tersebut dengan mengatakan, Baby Monster tidak akan menjadi kumpulan dengan tujuh anggota dan ada penyingkiran.

Perkara tersebut jelas melangkau harapan peminat memandangkan sejak beberapa bulan lalu, mereka sudah terbiasa melihat tujuh ahli kumpulan itu menerusi pelbagai perkongsian daripada YGE.

Kenyataan daripada mulut Hyun-suk mengundang rasa tidak puas hati peminat yang menuntut agensi gergasi tersebut mengekalkan barisan anggota asal Baby Monster.

“Mereka perlu debut dengan tujuh orang ahli, anda sudah dedahkan mereka dari awal pun,” luah seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI