fbpx

Debaran debut Hwasa jadi hos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWASA

MEMPUNYAI program sendiri berjudul Hwasa Show yang disiarkan pertama kali pada 17 Disember lalu, anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa meluahkan perasaan gementar.

Semasa siaran pertama pada minggu lalu, penyanyi Park Jin-young telah menjadi tetamu pertama untuk pembukaan tirai Hwasa Show.

Hwasa berkongsi rasa seronok, namun berdebar menjadi pengacara solo untuk pertama kali dalam rancangan sendiri.

Berkonsepkan majalah hiburan muzik untuk siaran tengah malam, menerusi program tersebut, Hwasa bertindak selalu hos bersama tetamu jemputan sambil ditemani sekumpulan pemuzik bagi menghangatkan suasana

Hwasa merancang untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan di studio muzik dan berseronok sepanjang siaran.

Sebelum bersiaran, Hwasa memaklumkan bahawa dia banyak berfikir dan susah untuk tidur malam kerana risau untuk mengadakan siaran langsung pertamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI