fbpx

2023, giliran debut solo Jisoo?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

HAMPIR lima tahun sudah berlalu sejak YG Entertainment, berjanji untuk menghasilkan projek solo kepada setiap ahli Blackpink.

Mereka turut mengeluarkan kenyataan pada 2020 bahawa Jisoo akan menjadi anggota terakhir yang akan melancarkan lagu solo setelah enam tahun Blackpink muncul dalam industri hiburan.

Namun, setelah kenyataan tersebut dikeluarkan, tiada sebarang perkembangan tentang perkara tersebut.
Sebelum ini, Jennie telah muncul dengan lagu solo pada 2018, manakala Lisa serta Rose pada 2021.

Pada hujung tahun 2022, peminat mula menanyakan Jisoo dalam aplikasi Weverse sama ada dia akan mengeluarkan album solo pada tahun 2023.

Seperti yang dinanti-nanti, respons daripada Jisoo memberi harapan baharu, impiannya untuk mengikut jejak langkah Jennie, Lisa dan Rose akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI