fbpx

Lisa Blackpink bernilai RM346 juta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

SEJAK kebelakangan ini, perhatian peminat K-pop tertumpu terhadap isu kontrak kumpulan Blackpink bersama agensi naungan mereka, YG Entertainment yang bakal berakhir Ogos 2023.

Biarpun ramai pemerhati meramalkan kumpulan itu pasti menyambung kontrak, namun ada pula khabar angin mengatakan sebaliknya akan berlaku.

Hal ini kerana Blackpink sudah ditawarkan peluang yang jauh lebih lumayan di tempat lain.

Menurut sumber seperti dilaporkan Munhwa Ilbo, Lisa menerima tawaran sebanyak RM346 juta untuk bertukar ke agensi lain.

Sedangkan YG sendiri hanya menawarkan sebanyak RM70 juta kepada setiap ahli Blackpink sebagai bayaran untuk menyambung kontrak mereka.

Bahkan, ada sesetengah pihak percaya bahawa tindakan syarikat gergasi berkenaan memperkenalkan kumpulan baharu Baby Monster sebagai satu strategi menutup kegagalan mereka untuk terus mengikat kontrak bersama kumpulan Blackpink.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI