fbpx

YG, Jisoo dah bersedia debut solo! – Peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

PENGANJURAN konsert Blackpink selama dua hari berturut-turut di Seoul baru-baru ini masih belum dapat dilupakan peminat.

Antara momen yang masih menjadi perbincangan hangat dalam kalangan peminat adalah persembahan solo kesemua ahli kumpulan itu.

Ketika Lisa, Rosé dan Jennie tampil memukau dengan persembahan lagu solo masing-masing, lain halnya dengan Jisoo.

Pada konsert tersebut, dia menyampaikan lagu daripada Camila Cabello berjudul Liar.

Cukup bertenaga dan memiliki aura pentas yang memukau, persembahan pelakon drama Snow Drop itu menuai pujian peminat.

Situasi tersebut bagaimanapun menimbulkan kekecewaan buat peminat kerana sehingga kini, masih belum ada tanda Jisoo akan muncul dengan debut solo seperti rakan-rakannya yang lain.

Peminat rata-ratanya bersetuju, persembahan Jisoo pada konsert tersebut membuktikan dia sudah bersedia untuk mengeluarkan lagu solo sekali gus mendesak YG Entertainment merealisasikannya dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI