fbpx

OPR kekal pada 2.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat yang diadakan hari ini telah membuat ketetapan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Ini adalah keputusan kali kedua MPC bank pusat mengekalkan kadar OPR selepas bermesyuarat pada 19 Januari lalu.

Kadar OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada 3 November tahun lalu.

Menurut kenyataan BNM yang dikeluarkan di sini hari ini, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.

“Ia juga akan terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI