fbpx

Kerja bawa teksi hanya dapat RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persaingan dengan perkhidmatan e-hailing dan bas percuma menjadi punca industri teksi terjejas. - GAMBAR HIASAN

KLUANG – Akibat terlalu ba­nyak saingan, pekerjaan pemandu teksi diibaratkan peminta sedekah apabila hanya mampu memperolehi pendapatan kurang RM50 sehari.

Keadaan ini berlaku apabila terpaksa bersaing dengan sistem pengangkutan e-hailing di samping penyediaan perkhidmatan bas percuma dan yang paling teruk adalah daripada prebet sapu atau teksi haram.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalil berkata, kira-kira 220 ahli persatuan itu boleh dikatakan memperolehi pendapatan ‘kais pagi makan pagi’ setiap kali keluar mencari penumpang.

Kata beliau, walaupun pihaknya meningkatkan sistem perkhidmatan dengan menerima panggilan daripada penumpang di sekitar bandar Kluang ini namun tidak mampu meraih pendapatan lumayan seperti sebelum 2020.

“Ada pemandu teksi hanya memperolehi sekitar RM20 sahaja untuk bekerja separuh hari dan jumlah itu belum ditolak kos penggunaan minyak.

“Keadaan ini menyebabkan ramai pemandu teksi terpaksa membuat dua pekerjaan walaupun sebahagian daripada mereka sudah berusia lebih setengah abad,” katanya selepas Mesyuarat

Agung Tahunan Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang di Balai Raya Kampung Melayu, di sini semalam.

Mustakim (kanan) menyaksikan Penghulu Kanan Kluang, Mohd. Nor Azmi Md. Anuar (tengah) menyampaikan cenderahati kepada ahli.

Dalam pada itu, Mustakim turut terkilan apabila persatuan pemandu teksi seluruh ­negara tidak menerima apa-apa manfaat daripada belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ujarnya, jika sebelum ini, setiap pembentangan belanjawan pasti akan menerima tempias atau bantuan daripada kerajaan pusat walaupun sedikit.

“Oleh yang demikian, kami amat berharap agar kerajaan dapat menyelami kepayahan golongan pemandu teksi pada masa ini, bukan hanya terpaksa berhadapan kos sara hidup semakin tinggi namun turut menghadapi masalah kekura­ngan penumpang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI