fbpx

Jisoo redakan penantian peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

PENANTIAN peminat Blackpink, khususnya pemuja Jisoo tercapai apabila penyanyi itu disahkan melancarkan single 31 Mac ini.

Jisoo menerusi Instagramnya berkongsi gambar hamparan kain berwarna merah di kawasan penuh rumput hijau seolah-olah bayangan akan berlangsung sebuah majlis yang cukup indah dan bermakna dalam perjalanan hidupnya.

Dalam hantaran foto tersebut tertulis ungkapan ‘Coming Soon’ yang bermaksud akan datang berserta tarikh 31 Mac 2023 menandakan detik pelancaran lagu solo kelak.

Sebelum ini peminat menantikan single daripada penyanyi berusia 28 tahun itu memandangkan kesemua anggota lain sudah mempunyai solo sendiri.

“Jisoo, saya sering menunggu solo daripada awak. Sekarang, impian saya menjadi kenyataan dan saya sangat teruja,” kata peminat.

“Tahniah Jisoo. Saya sangat teruja untuk mendengar kelunakan suara dan lagu baharu awak,” ujar netizen.

“Jennie melancarkan lagu solo, Lisa pula dengan karya Money dan Lalisa. Manakala, Rose membawakan lagu Gone, Hard To Love serta One The Ground. Jadi Jisoo akan melengkapkan single daripada kumpulan ini,” ujar peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI