fbpx

Geng Adem tumpas lepas samun 24 klinik, farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Eng Lai (dua dari kiri) menunjukkan suspek kes samun klinik yang masih diburu polis dalam sidang akhbar di IPD Sentul, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Tindakan lima individu nekad memecah masuk lebih 20 klinik dan farmasi menggunakan batang sepana paip tumpas selepas ditahan di sekitar Lembah Klang, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, 23 Februari lalu, pihaknya menerima laporan kejadian samun daripada kerani sebuah klinik yang mana wang RM2,194 dan ubat ubatan hilang.

Katanya, ekoran laporan tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul menangkap empat lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat kes tersebut.

“Tangkapan dibuat pada pukul 4.45 petang membabitkan lima individu berusia 22 hingga 32 tahun.

“Kami merampas dua batang sepana paip, telefon bimbit, ubat-ubatan dan dua buah kereta disyaki digunakan semasa kejadian,” katanya pada sidang akhbar di IPD Sentul, di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati kegiatan didalangi dua lelaki tempatan diketuai Adem berusia 31 tahun.

“Sindiket ini menyasarkan klinik yang tidak beroperasi pada waktu malam dan melakukan samun secara berkumpulan dengan menggunakan senjata. Tiga suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah,’ katanya.

Kesemua suspek direman selama sembilan hari sehingga esok bagi membantu siasatan. Berikutan itu, polis dapat menyelesaikan 11 kes pecah klinik di Kuala Lumpur, 11 kes di Selangor dan dua di Pahang.

Jelas Eng Lai, pihaknya sedang mencari seorang lagi individu, Muhammad Amir Abdullah atau Kechik, 25. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI