fbpx

Penyeludup tak sempat bawa masuk 17 ekor ayam hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Maqis mengeluarkan ayam dari reban ketika menyertai operasi rampasan ayam hidup di pangkalan haram Tanjung, Pengkalan Kubor dekat Tumpat kelmarin. FOTO IHSAN MAQIS

TUMPAT – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) berjaya mematahkan cubaan penyeludup untuk membawa masuk sebanyak 17 ekor ayam hidup secara haram di pangkalan haram Tanjung, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, kegiatan penyeludupan ayam itu dikesan di kawasan pangkalan haram berkenaan dengan menggunakan perahu pada pukul 8 malam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, ayam-ayam yang dianggarkan bernilai RM1,700 itu diseludup melalui tebing Sungai Golok.

“Kesemua ayam itu dirampas selepas didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah.

“Maqis sebagai benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport secara tidak sah akan terus meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan undang-undang negara,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, kes melibatkan penyeludupan perlu dititikberatkan bagi memastikan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak atau penyakit berbahaya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI