fbpx

Tulis lagu, simbolik ‘move on’ – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU dengan lirik nukilan Puteri Sarah nyanyian Sarah Fazny sudah ada platform YouTube Indigital Music.

PETALING JAYA – Enggan hanyut dalam kesedihan, pelakon Puteri Sarah Liyana hadir dengan sebuah karya simbolik kebangkita semula dan ‘move on’ daripada lara hidup dicurangi suami.

Bukan karya drama atau filem yang sinonim dengan karier lakonannya, kali ini Puteri Sarah keluar dari zon kebiasaan apabila lagu nukilannya berjudul Terus baru sahaja dilancarkan hari ni.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, Terus merupakan lagu yang dihasilkan untuk menggambarkan kemelut rumah tangganya yang sedang dilanda badai, sekali gus menjadi manifestasi isi hatinya untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan.

Dinyanyikan oleh pendatang baharu, Sarah Fazny dan Zayani yang mewakili dirinya, Terus mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri Sarah untuk diluahkan dalam dendangan lagu.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan terjemahkannya menjadi sebuah karya.

“Pendek kata Terus memang mewakili isi hati saya. Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini.

“Setidaknya mereka yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali kehidupan seperti biasa,” katanya.

Tambah pelakon bermata bundar itu lagi, bait-bait lirik dan melodi Terus telah diterjemahkan dengan indah oleh komposer baharu, Faizal Ulwi yang mempunyi pengalaman dalam bidang muzik sejak sedekat lalu.

“Bagi membawa seluruh emosi, Sarah Fazny dan Zayani juga menterjemahkan rasa hati mereka dengan nyanyian yang cukup indah untuk mewakili kisah hidup yang dilalui saya sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

PENYANYI Sarah Fazny dan Zayani mewakili suara hati Puteri Sarah menyanyikan lagu berjudul Terus.

Kata Sarah, dia mahu wanita lain yang mengalami nasib sama sepertinya untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa meratapi apa yang telah berlaku.

“Sehebat mana pun kemelut yang melanda, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.

“Setiap masalah ada jalan penyelsaiannya. Jangan sesekali patah semangat,” katanya yang turut terlibat sama dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani.

Lagu Terus dilancarkan pada 8 Mac 2023 dipilih kerana jatuh pada sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia sekali gus menjadi hadiah dan pembakar semangat untuk wanita ‘malang’ mencari semula kekuatan.

Tegas Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia mahu mengabadikan tarikh tersebut sebagai simbol ‘move on’ dan mahu semua wanita bangkit daripada segala derita yang dilalui mereka.

“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat dan bangkit daripada kesedihan untuk meneruskan kehidupan.

“Bangkit bukan bermakna ingkar, tetapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” katanya.

Sebagai tambahan, Sarah Fazny merupakan penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Legend 2014 yang menjadi protege kepada Datuk Amy Search. Manakala Zayani pula merupakan peserta program 3 Juara 2016.

Lagu Terus kini boleh didengari dalam semua platform digital. Video muzik pula sudah mula ditayangkan di YouTube Indigital Music bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI