fbpx

Kejohanan Cyclocross Malaysia ditunda ke Mei 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAS Yusof (kiri) pada sidang akhbar khas pengumuman perubahan tarikh baharu Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 di Kuala Lumpur hari ini. - MC BOYER

KUALA LUMPUR – Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 yang sepatutnya diadakan di Taman Rekreasi DR Seenivasagam Ipoh, Perak pada 11 dan Mac ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu iaitu 27 dan 28 Mei depan.

Pengerusi Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia, Datuk Anas Yusof Sulaiman berkata, perubahaan tarikh kejohanan itu terpaksa dibuat disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak.

“Antaranya disebabkan sambutan Hari Landskap Negara 2023 turut diadakan di venue yang sama. Jadi ada beberapa perkara perlu dibuat penelitian semula termasuk membabitkan aspek protokol keselamatan dan teknikal.

“Ada juga peserta dari selatan tanah air (Johor) yang terpaksa membatalkan penyertaan mereka akibat banjir yang melanda negeri itu.

“Pihak penganjur terpaksa akur dengan dengan keadaan semasa dan mengambil keputusan untuk menunda Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur hari ini.

Pihak penganjur juga memberi jaminan yuran akan dikembalikan semula kepada peserta-peserta yang telah membuat pembayaran tetapi tidak mahu membatalkan penyertaan mereka pada Mei depan.

Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia selaku penganjur memaklumkan, kejohanan anjuran kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) itu mendapat sambutan menggalakkan.

Selepas Perak, Selangor dijadualkan mengambil alih sebagai venue kejohanan sebelum saingan antarabangsa diadakan di Bagan Datuk, Perak yang bakal disertai peserta luar negara dengan tarikh akan dimuktamadkan kelak.

Hadiah wang tunai keseluruhan kejohanan yang mendapat sokongan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai rakan pengangkutan rel rasmi itu berjumlah RM16,000 dan pemenang juga bakal menerima jersi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan pada setiap perlumbaan dan peserta boleh mendaftar terus dengan melayari laman sesawang www.sports360.my atau www.bikeaway.com.my.

10 kategori terbabit ialah Lelaki Terbuka A (19 hingga 30 tahun); Lelaki Terbuka B (31-40); Lelaki Terbuka C (41-49); Lelaki Master (50 tahun ke atas) serta Lelaki Junior dan Wanita Junior (15-18).

Turut dipertandingkan ialah kategori Wanita Terbuka A (19-35); Wanita Terbuka B (36 tahun ke atas) selain XCO Terbuka Lelaki dan Wanita (19 tahun ke atas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI