fbpx

[VIDEO] Isu wanita pakai seluar pendek di HTAA selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video seorang pelawat dilarang memasuki HTAA kerana didakwa memakai seluar pendek yang dilarang di Kuantan.

KUANTAN – Isu wanita memakai seluar pendek di bawah paras lutut yang dilarang memasuki Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam adalah disebabkan salah faham oleh pengawal keselamatan.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihak hospital tidak pernah melarang pemakaian seluar pendek di bawah paras lutut seperti itu dan isu itu telah diselesaikan.

Katanya meskipun ada etika pemakaian ditetapkan tetapi ia hanya melibatkan seluar pendek mencolok mata dan bukannya seluar singkat yang biasa dipakai orang ramai itu.

“Kejadian ini berlaku semalam dan sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini, ia adalah salah faham daripada pengawal keselamatan terbabit sahaja.

“Perkara ini sudah diselesaikan dan pihak hospital telah memperjelaskan kepada pengawal keselamatan mengenai etika pemakaian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya tiada arahan daripada pihak atasan kepada pengawal keselamatan berkenaan melarang pelawat yang memakai seluar pendek seperti itu memasuki hospital semalam.

Jelasnya, ia berkemungkinan pengawal keselamatan berkenaan salah faham dengan menganggap semua jenis seluar yang tidak labuh hingga ke kaki dilarang dalam etika berpakaian.

Hari ini tular dalam media sosial seorang pengawal keselamatan melarang individu yang memakai seluar pendek sehingga bawah lutut memasuki hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI